Pembiayaan LPPSA

How We Support You with LPPSA

Di AAM Alpha Home, kami memahami kepentingan pembiayaan dalam perjalanan membina rumah idaman anda. Sebagai pakar dalam urusan LPPSA, kami membantu penjawat awam mendapatkan pembiayaan dengan mudah dan cekap.

Bagaimana Kami Membantu:

  • Bimbingan Dokumentasi: Kami membantu mengumpul dan menyediakan dokumen yang diperlukan
  • Sokongan Permohonan: Pasukan kami mahir dengan sistem LPPSA untuk memastikan permohonan yang tepat
  • Pengurusan Pembayaran: Kami menyelaras pembayaran LPPSA dengan fasa pembinaan
Handover Bungalow Kepada Kustomer
Logo LPPSA

Apakah LPPSA?

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan berkanun yang ditubuhkan khas untuk menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan kepada penjawat awam.

LPPSA komited untuk membantu penjawat awam memiliki rumah idaman dengan menawarkan pembiayaan yang mudah dan berpatutan. Bagi memastikan proses yang lancar, kami di AAM Alpha Home akan membantu anda dalam setiap langkah permohonan LPPSA.

Kelayakan

  • Penjawat awam tetap
  • Warganegara Malaysia
  • Telah berkhidmat minimum setahun
  • Tiada tindakan tatatertib atau kebankrapan

Kelebihan Pembiayaan LPPSA

Pembiayaan 100%

Kos pembinaan atau pembelian rumah

Kadar Faedah Rendah

Lebih rendah berbanding bank komersial

Accessible Eligibility

Proses kelulusan mengikut gaji bulanan

Jenis Pembiayaan LPPSA

Pembelian Rumah Siap

Untuk membeli rumah sedia ada

Pembinaan di Atas Tanah Sendiri

Membina rumah atas tanah sendiri

Pembelian Rumah dalam Pembinaan

Untuk rumah yang dalam proses pembinaan

Pembelian
Tanah

Untuk membeli tanah yang akan dibangunkan

Penstrukturan Semula

Menukar pinjaman rumah kepada LPPSA

Pengubahsuaian

Pembiayaan untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah sedia ada

LPPSA Loan Application Process

Berikut merupakan langkah mudah untuk pemprosesan LPPSA anda:

  • Pendaftaran:
    Daftar ID pengguna di Portal LPPSA.
  • Penyediaan Dokumen:
    Sediakan dokumen yang diperlukan. Dokumen boleh dapat dari laman LPPSA juga.
  • Penghantaran Permohonan:
    Lengkapkan borang dan muat naik dokumen
  • Pemprosesan & Pengesahan:
    LPPSA akan semak kelayakan
  • Tawaran Pembiayaan:
    Jika diluluskan, LPPSA akan keluarkan surat tawaran
  • Pengeluaran Dana:
    Pembayaran mengikut progress pembinaan.