Tentang Kami

Kenali AAM Alpha Home

AAM Alpha Home ialah syarikat pembinaan berdaftar dengan CIDB dan SSM yang menawarkan perkhidmatan bina rumah baharu, ubah suai dan sambungan rumah di Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri, kami membantu pemilik hartanah merealisasikan rumah idaman sama ada membina dari tanah kosong, menambah ruang kediaman, atau menaik taraf kediaman sedia ada.

Kami memahami bahawa setiap projek adalah pelaburan besar. Oleh itu, kami komited untuk menyediakan proses yang terancang, telus dan berfokus kepada keperluan pelanggan dari peringkat perancangan sehingga penyerahan kunci. Pasukan kami memberi penekanan kepada kualiti kerja, kawalan kos dan ketepatan masa bagi memastikan setiap projek disiapkan dengan standard profesional.

Dengan pendekatan yang menyeluruh, kami menggunakan kaedah pembinaan dan bahan yang bersesuaian mengikut keperluan projek, termasuk sistem pembinaan moden yang membantu meningkatkan ketahanan, keselesaan dan kecekapan rumah. Matlamat kami adalah untuk menjadi rakan pembinaan yang dipercayai bagi setiap fasa pembangunan dan penambahbaikan kediaman anda.

Kenapa Pilih AAM Alpha Home

AAM Alpha Home adalah pilihan terbaik untuk pembinaan bungalow anda kerana:

  • Pengalaman & Kepakaran: Lebih 10 tahun pengalaman dalam pembinaan bungalow.
  • Bahan Berkualiti: Kami menggunakan bahan-bahan seperti Interlocking Clay Brick dan Sandwich Panel Walls yang tahan lama dan memberikan keselesaan.
  • Pendekatan Berfokuskan Pelanggan: Kami mendengar dan memahami setiap keperluan anda sepanjang proses pembinaan.

Fokus Kami: Kualiti & Inovasi

Kami sentiasa mencari jalan untuk menambah baik proses dan teknologi dalam pembinaan rumah. Dengan menggabungkan teknik moden dan bahan yang inovatif, rumah yang kami bina bukan sahaja selesa dan tahan lama, tetapi juga mesra alam.

Interlocking Clay Brick System (ICBS)

Memberi kekuatan dan penebatan haba yang baik.

Concrete Masonry Units (CMU)

Bahan tahan lama yang sesuai untuk iklim Malaysia.

Kenali Team Kami

Di sebalik AAM Alpha Home adalah pasukan yang komited membina rumah idaman anda. Kami menggabungkan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri pembinaan dengan semangat untuk memberikan yang terbaik kepada setiap pelanggan.

Ahmad Arimee Mohammad

CEO

Mohammad Shafiq Abd Aziz

CFO

Zahid Abdul Aziz

Account Executive

Safwan Abdul Aziz

Senior Site Supervisor

Sijil SSM
Sijil CIDB