Pembiayaan LPPSA
How We Support You with LPPSA
Di AAM Alpha Home, kami memahami kepentingan pembiayaan dalam perjalanan membina rumah idaman anda. Sebagai pakar dalam urusan LPPSA, kami membantu penjawat awam mendapatkan pembiayaan dengan mudah dan cekap.
Bagaimana Kami Membantu:
- Bimbingan Dokumentasi: Kami membantu mengumpul dan menyediakan dokumen yang diperlukan
- Sokongan Permohonan: Pasukan kami mahir dengan sistem LPPSA untuk memastikan permohonan yang tepat
- Pengurusan Pembayaran: Kami menyelaras pembayaran LPPSA dengan fasa pembinaan


Apakah LPPSA?
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan berkanun yang ditubuhkan khas untuk menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan kepada penjawat awam.
LPPSA komited untuk membantu penjawat awam memiliki rumah idaman dengan menawarkan pembiayaan yang mudah dan berpatutan. Bagi memastikan proses yang lancar, kami di AAM Alpha Home akan membantu anda dalam setiap langkah permohonan LPPSA.
Kelayakan
- Penjawat awam tetap
- Warganegara Malaysia
- Telah berkhidmat minimum setahun
- Tiada tindakan tatatertib atau kebankrapan
Kelebihan Pembiayaan LPPSA
Pembiayaan 100%
Kos pembinaan atau pembelian rumah
Kadar Faedah Rendah
Lebih rendah berbanding bank komersial
Accessible Eligibility
Proses kelulusan mengikut gaji bulanan
Jenis Pembiayaan LPPSA
Pembelian Rumah Siap
Untuk membeli rumah sedia ada
Pembinaan di Atas Tanah Sendiri
Membina rumah atas tanah sendiri
Pembelian Rumah dalam Pembinaan
Untuk rumah yang dalam proses pembinaan
Pembelian
Tanah
Untuk membeli tanah yang akan dibangunkan
Penstrukturan Semula
Menukar pinjaman rumah kepada LPPSA
Pengubahsuaian
Pembiayaan untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah sedia ada
LPPSA Loan Application Process
Berikut merupakan langkah mudah untuk pemprosesan LPPSA anda:
- Pendaftaran:
Daftar ID pengguna di Portal LPPSA. - Penyediaan Dokumen:
Sediakan dokumen yang diperlukan. Dokumen boleh dapat dari laman LPPSA juga. - Penghantaran Permohonan:
Lengkapkan borang dan muat naik dokumen - Pemprosesan & Pengesahan:
LPPSA akan semak kelayakan - Tawaran Pembiayaan:
Jika diluluskan, LPPSA akan keluarkan surat tawaran - Pengeluaran Dana:
Pembayaran mengikut progress pembinaan.