Tentang Kami

Kenali AAM Alpha Home

AAM Alpha Home adalah syarikat pembinaan berdaftar dengan CIDB dan SSM. Kami khusus dalam pembinaan bungalow yang selesa dan moden, menggunakan bahan-bahan berkualiti yang memenuhi piawaian industri. Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri pembinaan, kami memahami bahawa membina rumah adalah keputusan besar – sebab itu kami memastikan proses ini mudah, telus, dan berpusatkan kepada pelanggan.

Dengan fokus kepada inovasi, kami menggunakan sistem bata interlocking, Concrete Masonry Unit (CMU), dan Sandwich Panel Walls untuk memastikan setiap rumah kami memberikan keselesaan dan kecekapan tenaga

Logo LPPSA

Pembiayaan LPPSA Disediakan

Kelulusan LPPSA memudahkan pembiayaan bagi kakitangan kerajaan. Kami bersedia membantu permohonan LPPSA anda.

Kenapa Pilih AAM Alpha Home

AAM Alpha Home adalah pilihan terbaik untuk pembinaan bungalow anda kerana:

  • Pengalaman & Kepakaran: Lebih 10 tahun pengalaman dalam pembinaan bungalow.
  • Bahan Berkualiti: Kami menggunakan bahan-bahan seperti Interlocking Clay Brick dan Sandwich Panel Walls yang tahan lama dan memberikan keselesaan.
  • Kontraktor LPPSA: Kami menyediakan pilihan pembiayaan untuk kakitangan kerajaan.
  • Pendekatan Berfokuskan Pelanggan: Kami mendengar dan memahami setiap keperluan anda sepanjang proses pembinaan.

Fokus Kami: Kualiti & Inovasi

Kami sentiasa mencari jalan untuk menambah baik proses dan teknologi dalam pembinaan rumah. Dengan menggabungkan teknik moden dan bahan yang inovatif, rumah yang kami bina bukan sahaja selesa dan tahan lama, tetapi juga mesra alam.

Interlocking Clay Brick System (ICBS)

Memberi kekuatan dan penebatan haba yang baik.

Concrete Masonry Units (CMU)

Bahan tahan lama yang sesuai untuk iklim Malaysia.

Kenali Team Kami

Di sebalik AAM Alpha Home adalah pasukan yang komited membina rumah idaman anda. Kami menggabungkan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri pembinaan dengan semangat untuk memberikan yang terbaik kepada setiap pelanggan.

Akmal Fadilah

Managing Director

Ahmad Faizal

Operation Director

Nurul Huda

Marketing Director

Siti Aminah

HR and Finance

Sijil SSM
Sijil CIDB