Testimoni Pelanggan

Testimoni Video Pelanggan

Banglo Semi-D Pn Roslina

Saya suka reka bentuk rumah yang unik menggunakan batu bata ICBS ini. Ia membuatkan rumah kami kelihatan kelainan apabila orang masuk. Komunikasi dengan En. Ahmad juga sangat pantas dan jelas, step by step, malah dibalas sehingga malam. Kami sangat berpuas hati kerana berjaya mengikut jadual seperti yang dipohon

Kami di AAM Alpha Home amat berbangga dan gembira dapat merealisasikan impian Pn. Roslina dan suami dengan membina kediaman banglo idaman mereka. Pengalaman Pn. Roslina bersama kami bermula dari penemuan di Facebook, di mana beliau terkesan dengan servis kami yang pantas dan bimbingan “step by step” daripada En. Ahmad, yang sentiasa sedia membantu, malah membalas pertanyaan sehingga malam.

Beliau memilih kami kerana tertarik dengan keunikan batu merah ICBS, yang membuatkan rumahnya kelihatan kelainan dan sesuai untuk dijadikan homestay. Kepuasan beliau terhadap reka bentuk yang menarik, batu bata yang sejuk, dan harga yang berpatutan, serta kejayaan penyiapan rumah mengikut jadual, adalah bukti komitmen kami.

Kami berterima kasih atas kepercayaan Pn. Roslina dan gembira dapat membina kediaman berkualiti tinggi yang memenuhi impian pelanggan kami. Kepuasan anda adalah keutamaan kami!

Gallery Rumah

Borang Bertanya

Kami akan menghubungi anda dalam 48 jam.

Bajet Projek (pilih yg tepat)