Testimoni Pelanggan

Testimoni Video Pelanggan

Banglo En Nasir Sepang

Sebelum saya mencari kontraktor, saya banyak buat tinjauan di Facebook. Saya ternampak satu jenis batu-bata yang sangat menarik, jadi dari situ saya mula berhubung dengan pihak AAM. Setelah bertanya tentang reka bentuk, barulah saya betul-betul berminat untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

Pada awal tahun 2024, Encik Nasir dan isteri dari Sepang datang kepada kami dengan satu impian: membina sebuah banglo. Tapi, banglo ini bukan banglo biasa. Mereka mahu reka bentuk yang unik, dengan dinding luar yang menampilkan gaya English-style menggunakan batu-bata merah. Ciri-ciri inilah yang membuatkan mereka memilih kami.

Cabaran utama kami ialah Encik Nasir seorang juruelektrik di atas kapal, jadi masa beliau di darat sangat terhad. Komunikasi memang tak mudah, tapi kami tidak menjadikan itu halangan. Dengan usaha gigih dan kerjasama yang baik, alhamdulillah kami berjaya menyiapkan rumah Encik Nasir tepat pada masanya. Kami bangga dapat merealisasikan impian mereka, dan projek ini menjadi bukti komitmen kami dalam setiap tugasan.

Dengan menggunakan sistem Interlocking Clay Bricks (ICBS) merah kami, yang membezakan rumah kami daripada yang lain. En. Nasir memuji kepantasan komunikasi dan proses pembinaan yang lancar. Kami berjaya membina rumah banglo impian beliau dalam masa hanya 4 bulan sahaja.

Jika anda seorang pesara, pekerja kerajaan, atau sesiapa sahaja yang bercita-cita untuk membina banglo idaman anda di Kuala Lumpur atau Selangor, AAM Alpha Home adalah pilihan yang tepat! Kami sedia membantu merealisasikan rumah impian anda dengan reka bentuk menarik dan proses yang efisien.

Gallery Rumah

Borang Bertanya

Kami akan menghubungi anda dalam 48 jam.

Bajet Projek (pilih yg tepat)